Rukun Akhlak dan Etika Kerja Perkhidmatan Awam
GM0202050
Pengenalan
Warga perkhidmatan awam memainkan peranan utama dalam merealisasikan aspirasi dan Wawasan Brunei 2035. Ke arah tujuan itu, sebagai warga perkhidmatan awam adalah penting bagi setiap individu mempunyai serta menerapkan nilai-nilai murni dan positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab seharian. Oleh yang demikian, mempunyai akhlak mulia dan etika kerja yang betul akan dapat mendokong ke arah pencapaian sebuah organisasi dan sumber tenaga manusia yang cemerlang dan terbilang.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Meningkatkan kesedaran akan kepentingan berakhlak mulia dan etika kerja positif dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab harian.
- Memahami hubungkait Rukun Akhlak dan Etika Kerja dalam pemberian perkhidmatan yang cemerlang.
- Mengetahui dan memahami ciri-ciri Rukun Akhlak dan Etika Kerja sebagai contoh nilai-nilai seorang pemimpin yang cemerlang, keutamaan ilmu dalam melaksanakan tugas dan sebagainya.
- Memberi kesan dan pengetahuan akan kepentingan bekerja secara berpasukan dalam meningkatkan produktiviti Perkhidmatan Awam.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu