Persediaan Persaraan
MO0101160
Pengenalan
Bersara tidak bermakna berakhirnya sumbangan rakyat kepada negara. Kursus ini akan memberi pendedahan dan persiapan mental, kerohanian, kemasyarakatan serta peluang-peluang dan bidang-bidang perniagaan yang boleh diceburi oleh pegawai-pegawai dan kakitangan-kakitangan kerajaan yang bakal bersara.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Persediaan diri dari segi mental, fizikal dan rohani.
- Perancangan persaraan.
- Peluang-peluang penyertaan dalam bidang perniagaan / keusahawanan, kemasyarakatan, keagamaan dan sosial.
- Pengurusan perniagaan dan keusahawanan.
Jangka masa
6 Hari (39 Jam)
Sasaran Peserta
- Pegawai dan kakitangan dari semua bahagian (I – V) yang bakal bersara sebelum 10 – 15 tahun persaraan perkhidmatan 50/55 atau 60 tahun
Bahasa
Melayu