Pembantu Pejabat Cemerlang
MM0202050
Pengenalan
Setiap warga perkhidmatan awam atau pun pekerja swasta mempunyai tanggungjawab dan peranan masing-masing mengikut peringkat jawatan. Tugas sebagai pembantu pejabat adalah nadi bagi sesebuah organisasi atau jabatan. Dengan adanya kursus ini dapat mendedahkan serta memberi kefahaman yang luas tentang peranan penting seorang pembantu pejabat.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenali peranan dan tanggungjawab pembantu pejabat.
- Meningkatkan etika dan integriti dalam menjalankan tugas.
- Mengaplikasikan cara-cara memotivasikan diri dalam bekerja.
- Menggunakan komunikasi yang tepat.
- Menggunakan sistem despatch dengan lebih teratur.
- Mempraktikkan asas pengurusan sistem fail dan rekod.
Jangka masa
2 Hari (13 jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian V dan sebanding dengannya
Bahasa
Melayu
Pra-Syarat
Memegang jawatan sebagai Pembantu Pejabat dan sebanding dengannya