Pemantapan Komunikasi Efektif
MM0202060
Pengenalan
Komunikasi merupakan asas kepada perhubungan interpersonal iaitu perhubungan antara seseorang dengan seseorang yang lain. Apabila komunikasi berlaku, ia boleh memberi impak yang besar terhadap perhubungan interpersonal dan begitu juga sebaliknya. Maka untuk mempunyai kemahiran interpersonal yang berkesan memerlukan pengetahuan dan pemahaman beberapa elemen-elemen yang boleh mempengaruhi proses komunikasi.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenal pasti tentang kepentingan kemahiran berkomunikasi dan interpersonal yang baik untuk kemajuan organisasi.
- Mengenali proses komunikasi dan implikasi terhadap keberkesanan pengurusan.
- Mempraktikkan teknik berkomunikasi di peringkat individu dan kumpulan.
- Mempraktikkan kemahiran berkomunikasi dengan yakin.
- Menangani kesukaran dalam berkomunikasi.
- Menyesuaikan komunikasi yang sesuai untuk meningkatkan hubungan kerja.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu