Menguasai Penyampaian
MM0202070
Pengenalan
Ramai yang merasakan kemahiran berucap adalah semulajadi dan tidak boleh dipelajari. Namun, hakikatnya, kemahiran berucap boleh dipupuk dan diasah melalui proses pembelajaran, pendedahan dan amalan, dengan panduan dan bimbingan dari penyampai-penyampai yang terlatih dalam bidang ini. Setiap individu boleh menjadi seorang penyampai yang berkesan sekiranya diberi peluang mengendalikan kemahiran-kemahiran yang disampaikan secara lebih terperinci dan sistematik.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenali teori dan teknik penyampaian berkesan.
- Meningkatkan kemahiran dan keyakinan diri semasa memberi penyampaian.
- Mengukuhkan kemahiran penyampaian dengan menggunakan media.
Jangka masa
4 Hari (26 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian I (ES1)
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III – C3 (ES3)
Bahasa
Melayu