Kerja Berpasukan
MM0202090
Pengenalan
Organisasi di tempat kerja terus berkembang. Justeru para pemimpin organisasi sedar bahawa peranan pasukan dalam organisasi masing-masing menjadi begitu penting. Penggabungan tenaga, idea, kemahiran dan pengetahuan secara kolektif diperlukan untuk menangani sebarang masalah organisasi oleh pemimpin. Pasukan memainkan peranan penting di dalam setiap organisasi. Ini adalah kerana pasukan mempunyai banyak kelebihan daripada individu secara perseorangan. Kelebihan begitu ketara dari segi pengalaman, kemahiran, perolehan maklumat, pembahagian kerja dan pengembelengan tenaga.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Membangunkan Pelan Tindakan Diri untuk memastikan Satu Pasukan Kerja yang berkesan dapat diwujudkan.
- Mengenal pasti dan mengaplikasi kerja berpasukan yang bersesuaian.
- Mengenal pasti kebolehan setiap individu di dalam kerja berpasukan bagi meningkatkan keberkesanan dalam pelaksanaan kerja.
- Mempengaruhi kelakuan/sikap individu dalam pasukan dan mengatasi konflik di dalam kerja berpasukan.
- Berkomunikasi dengan berkesan untuk mendapat kesepakatan dalam mencapai objektif kumpulan.
- Menghasilkan pelan tindakan bagi meningkatkan prestasi kerja berkumpulan.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian I (ES1)
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu