Kemahiran Kesetiausahaan
MM0202040
Pengenalan
Kursus ini direka untuk membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam bidang kesetiausahaan moden. Dalam era digital yang semakin berkembang, kemahiran seperti pengurusan dokumen, komunikasi berkesan, dan penggunaan teknologi maklumat menjadi semakin penting bagi seorang setiausaha. Melalui kursus ini, pelajar akan mempelajari teknik-teknik praktikal dan teori yang akan membantu mereka menjadi profesional yang kompeten dan berdaya saing dalam dunia pekerjaan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenali peranan setiausaha dan apa yang diharapkan.
- Meningkatkan kerja berpasukan dalam persekitaran kerja yang mencabar.
- Mengendalikan situasi sukar dengan belajar menyediakan pelan tindakan.
- Mempraktikkan ‘tips’ pekerjaan untuk meningkatkan produktiviti dan keberkesanan.
- Mengetahui perkara yang tidak boleh dilakukan dan yang perlu dielakkan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab.
- Menyelesaikan situasi sukar yang berkaitan komunikasi.
- Menggunakan kemahiran komunikasi.
- Mempraktikkan tatacara penggunaan terasul dalam catatan atau persuratan.
- Menampilkan imej profesional.
Jangka masa
4 hari (26 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II – B2 (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
Bahasa
Melayu / Inggeris