Induksi Perkhidmatan Awam (Refresher)
MM0202200
Pengenalan
Pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada perlu diberi penyegaran dan program ini bakal membawa peserta kembali kepada asas agar dapat menyemak semula konsep pentadbiran, pengurusan, dasar, peraturan dan undang-undang yang relevan. Kursus juga akan meningkatkan kemahiran dan maklumat baharu yang mungkin belum diketahui.
Hasil Pembelajaran
Di akhir program, peserta akan dapat mengukuhkan / mengimbas semula pengetahuan penting dan kemahiran serta mempelajari tentang perkembangan baharu yang berkaitan dengan:
- Struktur dan hal ehwal pentadbiran, dasar-dasar, peraturan-peraturan dan undang-undang Kerajaan
- Peranan selaku warga Perkhidmatan Awam yang berintegriti dan beretika
- Tanggungjawab warga Perkhidmatan Awam selaku ejen reformasi
Jangka masa
2 Hari (13 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II – B2 (ES2)
- Bahagian III
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu
Pra Syarat
- Telah berkhidmat dengan Kerajaan KDYMM lebih dari 10 tahun
- Belum pernah mengikuti program Induksi Perkhidmatan Awam anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) dan telah berkhidmat dengan Kerajaan melebihi 10 tahun