Detox Minda
MM0303020
Pengenalan
Setiap tekanan atau stres yang berlaku merupakan rahmat dari Allah SWT dan boleh membawa kesan positif atau negatif. Jika stres tidak dapat ditangani dengan baik, ianya akan menjatuhkan semangat, prestasi dan produktiviti seseorang individu dan memberi impak negatif kepada organisasi. Kursus ini boleh membantu melengkapkan individu dengan kemahiran menangani stres dengan berkesan. Kursus juga akan membantu menangani konflik dan memperkenalkan kemahiran untuk mengurangkan dan mengurus konflik dengan kemahiran interpersonal yang baik semasa berkomunikasi dengan pelbagai lapisan perkhidmatan awam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan stres.
- Menangani stres di tempat kerja dengan baik.
- Mempraktikkan kemahiran mengawal stres.
- Menjelaskan kepentingan kemahiran interpersonal.
- Mengetahui cara-cara bekerja dengan orang yang sukar dalam situasi yang sukar.
- Mengenal pasti faktor-faktor yang mewujudkan konflik di tempat kerja.
- Membezakan tingkah laku seseorang dan bagaimana ia boleh mempengaruhi orang lain.
- Menggunakan kemahiran interpersonal yang akan membantu mengendalikan situasi yang sukar.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu