Events
Discover Our Events: Where Ideas Meet Innovation and Connections Thrive
Forum on Good Governance
Forum on Good Governance telah diadakan pada pagi Selasa 6 Ogos 2024 bertempat di Indera Samudra Grand Hall, The Empire Brunei. Forum dirasmikan oleh Yang Mulia, Awang Ajman bin Haji Meludin, Setiausaha Tetap (Urustadbir Perkhidmatan Awam) di Jabatan Perdana Menteri selaku Ketua Perkhidmatan Awam ASEAN Cooperation on Civil Service Matters (ACCSM) Negara Brunei Darussalam.
Forum dihadiri oleh Ketua-Ketua Perkhidmatan Awam serta para delegasi dari Negara-Negara ASEAN, ASEAN Plus Three dan Republik Demokratik Timor-Leste. Turut hadir ialah jemputan khas dan para peserta daripada Kementerian dan Jabatan Kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan juga swasta.
Dengan tema “Revolutionizing the Public Sector: Artificial Intelligence for Good Governance”, forum dimulakan dengan penyampaian oleh penceramah utama, Dr. Lee Young-Sang, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Datastreams dari Republik Korea dengan tajuk “Accomplishing the Value of Good Governance on The Digital Platform Service”.
Seterusnya, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MIGHT), Rushdi Rahim telah membentangkan mengenai “AI for Good Governance: Malaysia’s Story” manakala Dr. Chai Wutiwiwatchai, Pengarah Eksekutif National Electronics and Computer Technology Center (NECTEC), Thailand mengongsikan mengenai “AI Thailand Strategy: From the Plan to Actions”.
Forum dilanjutkan dengan sesi perbincangan panel secara interaktif bersama peserta yang dimudahcara oleh Penolong Naib Canselor, Universiti Teknologi Brunei, Dr. Au Thien Wan.
Forum on Good Governance merupakan aktiviti sampingan Mesyuarat ACCSM kali ke-22 dan ACCSM Plus Three kali ke-7, yang berlangsung pada 5 – 7 Ogos 2024, di bawah kepengerusian Negara Brunei Darussalam.
Sambutan Hari Kebangsaan ke 41 Tahun 23 Februari 2025
“Bersatu Mencapai Cita Negara”
Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-41 tahun
Ramadhan Talk Series: Kecerdasan Minda Melalui Asmaulhusna
Dewan An-Najah, Institut Perkhidmatan Awam | 12 Ramadhan 1446 / 13 Mac 2025 – Ramadhan Talk Series anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA) yang dikendalikan setiap bulan Ramadhan berlangsung hari ini di Institut Perkhidmatan Awam (IPA).
Tema Ramadhan Talk Series kali ini yang bertajuk Kecerdasan Minda Melalui Asmaul husna dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Hajah Sarinah binti Haji Yahya, Penolong Profesor Fakulti Usuluddin Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA). Ceramah beliau yang bertajuk ‘Kecerdasan Minda Dengan Tadabbur Ayat-Ayat Asmaul husna’ mengongsikan bagaimana penghayatan Asmaul husna serta surah-surah al-Quran boleh meningkatkan kecerdasan minda.
Talk Series ini juga memuatkan sesi perbincangan forum mengenai tema program yang mengetengahkan penceramah utama dan ahli panel lain iaitu Awang Haji Amir Shukri bin Haji Zawawi, Pegawai Kaunselor Kanan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dan Dayang Hajah Rozailah Binti Haji Abd. Rahman, Psikologis daripada Jabatan Perkhidmatan Psikologi Klinikal Dan Masyarakat, Kementerian Kesihatan. Sesi forum telah menyentuh beberapa perkara penting dan kritikal seperti keperluan penjagaan kesihatan minda, kesan atau impak kepada minda yang terjejas, dan bagaimana meningkatkan kecerdasan minda di kalangan warga perkhidmatan awam dalam memastikan kecekapan menghadapi cabaran kerja seharian.
Antara objektif tema yang dihuraikan pada tahun ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai keutamaan Asmaul husna dalam membentuk kecerdasan minda serta keseimbangan emosi di kalangan warga Perkhidmatan Awam. Selain itu, program diharap dapat memberikan panduan dan amalan berasaskan Asmaul husna untuk menguatkan daya fikir, kreativiti, serta ketahanan mental bagi meningkatkan lagi prestasi kerja dan kesejahteraan diri.
Talk Series yang dianjurkan secara fizikal dan dalam talian (hybrid) ini dihadiri oleh hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Kerajaan, syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) dan juga sektor swasta.
Hari Pelanggan Institut Perkhidmatan Awam 2025
Pelancaran Program Direktori Pembelajaran dan Pembangunan IPA bagi Tahun Kewangan 2025/2026 telah diadakan pada Rabu, 22 Januari 2025 bersempena Hari Pelanggan Institut Perkhidmatan Awam (HPIPA) 2025. Hadir selaku Tetamu Kehormat, Yang Mulia Pengiran Haji Raffizanna bin Pengiran Haji Razali, Pemangku Setiausaha Tetap Urustadbir Perkhidmatan Awam, Jabatan Perdana Menteri. Tema pada tahun ini ialah “Transformasi Perkhidmatan Awam Melalui Pembangunan Kapabiliti”.
Sebanyak 58 buah program planner berasaskan kompetensi membariskan program-program Kepimpinan, Urustadbir, ICT, Inovasi, Komunikasi, Pengurusan, Sumber Manusia dan Perkhidmatan Pelanggan di samping program-program pensijilan, signature dan flagship telah disediakan. Penyertaan program dibukakan kepada warga Perkhidmatan Awam, swasta dan GLCs.
Majlis turut dihadiri oleh Ketua Pengarah, Pengarah-Pengarah, Pegawai-Pegawai Kanan, Komiti Penghubung Berkepentingan (SLC) dan HRD Ambassador (HRDA) Kementerian serta syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan juga swasta selaku jemputan khas.
Antara pengisian majlis HPIPA 2025 ialah Ceramah Khas mengenai Innovation dan Artificial Intelligence (A.I.) yang disampaikan oleh Loo Yau Soon, International Advisory Board Member, Brunei Economic Development Board pada sebelah pagi manakala Bicara Motivasi mengenai tema Hari Pelanggan diadakan pada sebelah petang.
Sesi Perjumpaan IPA bersama HRDA dan TC pada 20-21 Ogos 2024
Sesi perjumpaan IPA bersama Human Resource Ambassador (HRDA) dan Penyelaras Latihan (TC) Kementerian telah diadakan pada sebelah pagi 20-21 Ogos 2024 bertempat di IPA.
Sesi perjumpaan antara lain bertujuan untuk mengemaskini dan membincangkan hal ehwal program pembelajaran dan pembangunan IPA di samping sebagai satu langkah IPA untuk terus “touch base” di peringkat kerja (working level) bersama HRDAs dan TCs di Kementerian dan Jabatan.
Seramai 184 HRDAs dan TCs telah menghadiri perjumpaan selama dua hari berkenaan yang mana adalah dihasratkan bagi mencapai objektif berikut:
– Menambah kefahaman mengenai matlamat, objektif dan keperluan kandungan Program Pembelajaran dan Pembangunan IPA;
– Meningkatkan kefahaman tentang ciri dan fungsi Training and Event Management Module (TEM), Sistem Sumber Manusia (SSM)serta cara menggunakannya dengan berkesan untuk mentadbir program latihan bagi pegawai dan kakitangan;
– Memupuk kerjasama yang lebih kukuh dalam mereka bentuk, melaksana, menilai dan meningkatkan kualiti program pembelajaran dan pembangunan Warga Perkhidmatan Awam;
– Memupuk persefahaman dan kerjasama yang lebih baik mengenai peranan penting Ketua atau Penyelia dalam membangunkan sumber manusia yang berkualiti.