Penerapan Negara Zikir dalam Perkhidmatan Awam
GM0202060
Pengenalan
Dalam usaha membentuk dan menjana warga perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan diri dengan menjadikan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah “Negara Zikir” sebagaimana hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, warga perkhidmatan awam adalah nadi jentera penggerak yang mendukung hasrat tersebut dengan mengamalkan dan menghayati ciri-ciri zikir sewaktu melaksanakan tugas dan kewajipan di dalam perkhidmatan awam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Meningkatkan penghayatan Negara Zikir.
- Memupuk peningkatan pemahaman terhadap pengajaran Al-Quran dalam menguruskan pekerjaan.
- Menyerapkan pengajaran-pengajaran yang diperolehi daripada Al-Quran dan Sunnah ke dalam pekerjaan seharian.
- Meningkatkan penghayatan itqan dan pemantapan diri dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu