Urustadbir Islam: Maqasid Syariah
GM0202040
Pengenalan
Kursus ini bertujuan untuk memperkenalkan konsep Urustadbir Islam melalui pendekatan Maqasid Syariah. Maqasid Syariah merujuk kepada objektif-objektif undang-undang Islam yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan umat manusia dan memastikan keadilan serta kesaksamaan dalam masyarakat. Memahami Maqasid Syariah adalah penting bagi pentadbiran awam dan urustadbir dalam konteks Islam, kerana ia mengintegrasikan dimensi etika dan moral ke dalam proses pembuatan keputusan. Kursus ini akan membekalkan peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengaplikasikan prinsip-prinsip ini dalam pengurusan dan pentadbiran awam.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Memahami konsep dan prinsip asas Urustadbir Islam.
- Menjelaskan definisi dan kepentingan Maqasid Syariah dalam urustadbir.
- Mengaplikasikan pendekatan Maqasid Syariah dalam membuat keputusan dan menyelesaikan isu-isu urustadbir.
- Menggunakan pendekatan Fiqh Awlawiyyat (Memahami Keutamaan) dalam menentukan keutamaan dalam pengurusan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat.
Jangka masa
2 Hari (13 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian I (ES1)
- Bahagian II (ES2)
Bahasa
Melayu