Induksi Perkhidmatan Awam
MM0202150
Pengenalan
Program ini akan mengenalkan pegawai dan kakitangan yang baru berkhidmat dengan Kerajaan kepada keperluan jawatan serta standard prestasi dan tingkah laku yang diharapkan selaku penjawat awam. Kursus akan membiasakan (familiarise) serta membantu penjawat awam baharu mengenali Kerajaan di dalam pelbagai aspek.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus, peserta akan dilengkapkan dengan pengetahuan, kefahaman serta kesedaran mengenai:
- Struktur dan hal ehwal pentadbiran, dasar-dasar, peraturan-peraturan dan undang-undang Kerajaan.
- Peranan selaku warga perkhidmatan awam yang berintegriti dan beretika.
- Tanggungjawab warga perkhidmatan awam selaku ejen reformasi.
Jangka masa
5 Hari (32.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II B2 (ES2)
- Bahagian III (ES3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu
Pra Syarat
- Baru berkhidmat dengan Kerajaan KDYMM kurang dari satu tahun
- Peserta yang belum pernah mengikuti program Induksi Perkhidmatan Awam anjuran Institut Perkhidmatan Awam (IPA)