Pengurusan Perkhidmatan Berkesan
MM0303100
Pengenalan
Memahami dan memenuhi keperluan pelanggan adalah kemahiran yang penting untuk semua pegawai dan kakitangan di dalam organisasi. Anda dan kakitangan anda perlu berfikir seperti pelanggan, bertindak balas terhadap keperluan mereka dan menepati janji. Kursus ini akan membantu mengembangkan kemahiran komunikasi antara orang yang menjadi teras dalam penjagaan pelanggan yang berkualiti. Anda juga akan dapat mewujudkan pertemuan perkhidmatan yang mempesonakan dan menunjukkan tingkah laku perkhidmatan yang memuaskan pelanggan. Ia juga akan membantu anda untuk mengembangkan minda dan sifat perkhidmatan yang memberi impak kepuasan pelanggan yang lebih baik.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengetahui kepentingan perkhidmatan pelanggan.
- Mempraktikkan kaedah untuk menggembirakan pelanggan dan berkomunikasi dengan pelanggan dengan berkesan.
- Mengenal pasti masalah yang timbul dalam rangkaian pelanggan dalaman organisasi.
- Mengenal pasti cara-cara bekerjasama lebih baik dengan rakan sekerja.
- Membudayakan khidmat pelanggan dalam organisasi.
- Membangunkan perkhidmatan pelanggan yang berfokuskan pelanggan.
- Mengukur dan memberi ganjaran kepada perkhidmatan pelanggan yang hebat.
Jangka masa
3 Hari (19.5 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian II (ES2)
- Bahagian III (ES3)
Bahasa
Melayu / Inggeris