Mail Merge Menggunakan Microsoft Word (Intermediate)
IO0101210
Pengenalan
Kemudahan-kemudahan I.T. disediakan di pejabat-pejabat bagi memudahkan pegawai dan kakitangan dalam mengendalikan tugas-tugas seharian. Sebahagian besar tugas yang dilakukan menggunakan komputer ialah mengendali dan mengurus persuratan. Ramai yang menggunakan I.T. untuk tujuan tersebut, tetapi tidak ramai yang dapat menguasai pengendalian persuratan dengan cara yang lebih efisien dan efektif serta dapat meningkatkan produktiviti dan mutu kerja.
Melalui kursus ini, pegawai dan kakitangan yang bertanggungjawab dalam pengendalian persuratan akan diberi pendedahan tentang perbezaan di antara data dengan maklumat dan pengolahannya untuk digunakan secara jangka panjang. Selain dari itu, pengguna akan diketengahkan dengan satu kaedah praktikal yang dipanggil ’Mail Merge’ yang terdapat dalam perisian Microsoft Word. Kaedah ini memberi kemudahan cara yang paling efisien untuk mengendalikan persuratan.
Hasil Pembelajaran
Di akhir kursus ini, peserta akan dapat:
- Mengetahui peranan dan perbezaan antara “Data” dan “Maklumat”.
- Memahami ciri-ciri Pangkalan Data dalam Mail Merge.
- Menghasilkan pelbagai jenis maklumat melalui pangkalan data bagi tujuan perkongsian maklumat.
- Meningkatkan pengetahuan yang terbit dari data dan maklumat.
- Meningkatkan mutu kerja secara amnya
Jangka masa
2 Hari (13 Jam)
Sasaran Peserta
- Bahagian III (ES 3)
- Bahagian IV
- Bahagian V
Bahasa
Melayu